Tuesday, March 22, 2011

Mahu ketemuan

Aku kerap berjumpa kamu kini sayang
Makin hari makin terjatuh aku ke dalam
Tak aku bermaya untuk ke puncak kembali
Bukan maksud aku mahu keluar
Tapi hanya menyatakan aku sudah dalam takkan terkeluar

Badan aku sudah tak reti soal utara selatan
Hati aku sudah tak memahami pertuturan
Tangan aku memang dari dulu tak terdiam
Langkah aku sudah melangkau terkedepan

Saat harini saat esok aku mahu yang sama
Sama bawa maksud mata aku mata kau selari
Bayang kau dan bayang aku sangat jelas terpancar
Walau fokus hanya pada salah satu
Itu yang buat kita tersenyum bersama

Tak mahu tamat lagi bicara
Aku mahu ceritakan hebohkan semua
Bila kau pergi kau kucupkan tanganku
Bila aku pergi kau mahu aku paling melihat
Dan bila tiba masa yang bersejenak
Kita berdua sama merindu pada kita berdua


1 Teriak:

dyla rosli said...

aww aww awwwww! ^__^

 
/* No copy-paste script */